Tutorial

Tasbih Mini :)

TASBIH

1) Masukkan pearl ke dalam dawai (tiger tail). Susun mengikut design yang ingin dibuat. Kira
bilangan pearl sebanyak 33 biji – selang seli 11 pearl untuk setiap bahagian dan dipisahkan oleh
separator atau divider.


2) Setelah siap menyusun pearl ke dalam dawai dan memastikan kiraan pearl tepat, selitkan dawai
dihujung jurai tasbih.


3) Tarik dawai supaya hujung menjadi pendek. Pastikan tidak terlalu pendek bagi mengelakkan
tasbih menjadi terlalu rapat dan tiada jarak.


4) Samakan kedua-dua hujung dawai dan potong menggunakan player cutter. Jika tiada player
cutter boleh guna pemotong kuku.

5) Masukkan kedua-dua hujung dawai ke dalam Shell-End. Elakkan dari kembangkan Shell-End,
kerana ditakuti Shell-End akan patah ketika hendak dirapatkan.


6) Masukkan kedua-dua hujung tali ke dalam stopper. Disyorkan menggunakan 3 biji stopper
supaya ikatan tasbih lebih kukuh.


7) Gunakan Playar Flat-Head seperti dalam Gambar 7 untuk penyekkan Stopper.


8) Tarik semua stopper ke hujung dawai dan tekan stopper satu persatu dengan kuat.


9) Lipat atau bengkokkan stopper yang paling hujung ke dalam Shell-End. Tujuannya supaya
stopper tidak kelihatan dan nampak lebih kemas apabila shell-end ditutup.


10) Berdasarkan gambar 9(a), kertas berwarna mewakili 3 biji stopper. Stopper paling hujung yg
berwarna merah dilipat ke dalam seperti gambar 9(b).

11) Rapatkan Shell-End (tekan dengan lembut menggunakan playar Flat-Head).



JURAI TASBIH

1) Masukkan pearl dan flower cap ke dalam T-Pin mengikut design yang ingin dibuat

2) Gunakan playar Round-Nose untuk membentuk T-Pin. Letakkan hujung playar Round-Nose
dihujung T-Pin dan bengkokkan T-Pin.

3) Selepas Jurai Tasbih dapat disiapkan, masukkan Jurai Tasbih ke dalam lubang Shell-End.


4) Rapatkan T-Pin dengan menggunakan playar Round-Nose dan kemaskan dengan menggunakan
playar flat nose. Pastikan T-Pin tidak dapat terkeluar dari Shell-End.



SIAP






p/s : Gambar akan diupdate xlama lagi....  Maaf atas kesulitan... :)
 

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

1 comment:

This blog fully designed by ME.MY.I| Alright reserved by NURUL AIN