Tanda Dia Mencinta dirimu.....

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta........

Mostly benda di atas,ada pada diri Incik Kekasih Hati......Moga2 dia terus menyayangi,mencintai dan merindui diriku ini.........
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Tanda Lelaki Sayang....

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...Dan LELAKI,jika sudah diberi peluang,TOLONGLAH jaga hati WANITA.........
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Cara Lelaki Menguji perempuan

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murahReaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murahReaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamuReaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelakiReaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancongReaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamuReaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


Adakah aku sedang diuji olehnya????Ya Allah,kau berilah aku kekuatan untu menghadapi semua ini.......Sesungguhnya aku sangat mencintai dirinya,merindui dirinya dan menyayangi dirinya......
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Hargailah Orang Yang Menyayangimu......Sayangilah Orang Yang Kamu Cintai....

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Xtahan Puasa

Seorang pendengar Radio Sempoi FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar : Hello radio sempoi fm ke tu?

Penyiar : iye ye..betul..dengan siapa sy berckp ni?

Pendengar : Saya Jep dari Kg Laut, boleh request tak ?

Penyiar : Ya..Boleh...Boleh.. Encik Jep mahu request apa 2?

Pendengar : Blh ke tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar sgt nih...

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Lawak KihkiHKih

N̲a̲k̲ ̲p̲a̲n̲d̲a̲i̲=Cari isteri cikgu
N̲a̲k̲ ̲s̲i̲h̲a̲t̲=Cari isteri doktor
N̲a̲k̲ ̲k̲a̲y̲a̲=Cari isteri anak tan sri
N̲a̲k̲ ̲g̲l̲a̲m̲o̲u̲r̲=Cari isteri artis
N̲a̲k̲ ̲g̲a̲d̲u̲h̲=Cari isteri samseng
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲m̲b̲a̲n̲g̲=Cari isteri penceramah
N̲a̲k̲ ̲a̲l̲i̲m̲=Cari isteri ustazah
N̲a̲k̲ ̲g̲e̲m̲u̲k̲=Cari isteri chef
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲l̲a̲m̲a̲t̲=Cari isteri polis
N̲a̲k̲ ̲s̲t̲y̲l̲o̲=Cari isteri kaki shopping

N̲a̲k̲ ̲M̲A̲M̲P̲U̲S̲=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua
HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Rencah Kehidupan

Assalamualaikum.....Hai Teman-teman......selamat berpuasa ya...tinggal lagi xsampai 10 hari jer nak raya....ehem2...beznya....heheh...puasa cukup x???xckup xboleh raya tau....hehee.di kesempatan ni,buatlah amal ibadah dengan secukupnya oke.....++ skrg 10 malam terakhir..untung2 dapat lailatulqadar..amin......and lagi 2hari jer nak balek kedah.......rasa mcm xnk jer balek kl dh......nk stay jauh dari kl......tp lambat lgi...lg 1thn stgh lagi.....xpe2...lek ain...lek....pasni dok kedah ja oke...hehe....now blajar dlu...bg dpt first class oke......jgn main2 dah....diploma dulu dh banyak main...dh last sem bru nak banggakan mak bapak,dh xdk guna la....dah banyak hbskan duit mak bapak....dah bnyk main perasaan org,now be serius oke.....study yg penting skarang ni..yg lain blakang kira.....yang lain tu dah lama alami dah.....

Now,kita mula episod baru oke.....study is the most important thing right now....kalau terasa nak berkawan tu,normal la....biasa la time study....tp jangan lebih2 lak.....nanty merana diri sendiri....lebih baik kita kumpul ilmu banyak2 tapi jgnla struggled sgt,nanty gila ooooo...hehe......hiburan mesti ada juga....jgnla nerd sgt weyh......enjoy ur life....boling,wayang mesti dalam jadual....hehe...
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Sabak Bernam

Assalamualaikum....Heheh.....entry kali ni nak cerita pasal perjalanan ke Sabak Bernam....first tyme kot naik bas pergi Sabak Bernam.....dah lah bas tu xikut highway,ikut jalan biasa,memg pening pala gle2 la.....ni lah gmbr2 sepanjang pergi sana......






hehehe...banyak lagi gmbr2 yang ditangkap.....tapi yg ni jer yg ada mksd tersirat....hehehehe
♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Muhasabah Cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Nak join klik SHINI

Nama : Puteri Nurul 'Ain Adil Binti Md Sabri
Hobi : Jalan-jalan,Tonton Movie Korea


♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

Hang Out Gurlzs Days.....

Assalamualaikum.....Hai Teman-teman...apa khabar?Puasa x rini????ce ce cewah....hehe...Entry kali ni juz nak story about my friends jer.....tetibe jer rindu kt diorang kan.....ehem2...hehe....

Firstly,mesti lah kawan2 shaya kt kedah iaitu Izzati Khairunnisa,Nur Azilah dan Majidah.....Tapi dah lama xjmpe Majidah.....sebabnya die keje la....sobsobsob...ape2 pun,kita tetap bff forever ever oke...





Secondly,kawan kolej shaya.....Nur Mushira dan Fataina.....first time keluar dengan diorang..haha....ganjal pn ada gk....kitorang g karoke kt Neway d TS.....murah gle kot.....kitorang pegi waktu lunch time,so amek la skali pakej makan...1 kepala rm20 +lunch +3jam karoke......xksh la bpe lagu pn.....murah x???jom la pegi lagi...hehhe...tapi shaya xnyanyi pn...mkn jer sampai kembung perut.... ni la aktiviti kitorg dlm karoke room......kalau g laps pkul 2,dpt student rate 50%..murah gle beb.....g la try....hehhe....







Lastly,my bff time diploma kt kolej merangkap  my housemate,my toiletmate,my roomates also my soulmates...hahha...Norfadila,Nur Zalikha dan Nur Afieda....Mention kepada nama oke,jgn kepada gambar...hehehe....Time ni saja ja hang out kt Jaya Jusco Wangsa Maju sbbnya boleh rehat/makan dengan fieda yang keje kt MPH bookstore.....Sorry la sebab ritu xdpt nak join korang main boling kt Wangsa Walk.....bz ckt dgn asignment dan exercises......So,kali ni shaya ganti dgn ikooot kamu balek kampung fieda bersama-sama yer.....excited gle nak balek kampung,boleh rasa suasana kampung...sejuk2 gitu...pergh,msti best kan...hehehhe




 


Terakhir sekali,ada seorang budak comel di atas nak memberi pesanan, "berkawan biar seribu,bercinta biar satu "...dan bila dah berkawan,janganlah gaduh2 oke....."mengapa manusia perlu bertelingkah sedangkan manusia itu wujud bermula dengan kemesraan".....So,renung-renungkanlah dan selamat beramal......peace always :-).....


Okelah,Tuan Belog nak out dah sbab nak kemas barang la.....nak balek kampung.....nak ke IPB jalan kaki,boleh turun bape kilo agaknya ea?heheheh.....

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

C.I.N.T.A.K.I.T.A

Cinta itu fitrah. Allah beri kepada sesiapa yang dia kehendaki. Kita tidak boleh memaksa diri mencintai orang kerana perasaan yang beputik dalam hati, segalanya kurniaan Allah. Dan islam melayan perasaan-perasaan itu sebagai suatu fitrah.

Salahkah jatuh cinta?

Sungguh! Ia bukan suatu kesalahan. Tetapi mengapa ramai yang meletakkan 'kau telah melakukan dosa besar' hanya kerana seorang ikhwan itu jatuh cinta kepada seorang akhawat?

Ada jalannya! iaitu bernikah!


Ya.Tidak wajar untuk mengingati orang lain lebih daripada Allah kerana dalam surah al-Anfal ayat 2, sifat mukmin sejati itu ialah "apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati-hati mereka"

Satu nota refleksi. Kebanyakan kita, apabila disebut nama orang yang kita suka itu, gementar hati kita. Rasa terbuai-buai, sedangkan apabila nama Allah disebut, tidak pula terasa apa-apa! Adilkah kita membahagiakan hati kita dengan cara begini?
Jika di saat ini kalian sudah ada pacar, maka jalan terbaik ialah nikah! Jika tidak mampu, BERUBAH KEPADA KEBAIKAN, kerana ini menjadikan cinta itu cinta yang bermatlamat.

Cinta Yang Bermatlamat.

Iaitu cinta yang meletakkan syurga Allah sebagai destinasi. Dengan sendirinya, pihak lelaki dan pihak wanita akan merubah diri. Apa yang Allah suka, itulah apa yang sepatutnya pasangannya suka. Dengan ini juga, tidak akan berlaku....
  • Bergayut di telefon, kerana kedua-dua belak pihak faham yang ada banyak benda yang mereka patut dahulukan
  • Membazir beri hadiah selalu, kerana mereka faham selepas kahwin lagi banyak duit nak kena pakai
  • Bermanja-manja, kerana mereka faham bahawa itu ialah nikmat selepas nikah
Kesimpulan.

"Kita cuma perlu ubah cara kita bercinta, dengan menjadikan cinta itu bermatlamat, iaitu syurga"

Wanna break the relationship? I hope not. Better change then!!!!
 
cinta dan sayang, serta semua perasaan yang dirasakan adalah kurniaan dari ALLAH. cintailah sekadarnya, bencilah sekadarnya. Hanya Allah yang Maha Kekal ♥.

impian :- cuba matangkan diri dan berfikiran positif ddalam hubungan bersama Incik Kekasih Hati......Miss You So Much......

 


♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

yey.....yey.....Balek Kampung.........

Assalamualaikum....hai...Selamat Petang.....wtpe tu???mesti sebuk g bazar kan???hehehe....jgn membazir plak yer..maklumlah,bila puasa,mcm2 teringin...tp nanti dh buka puasa,bnyk yg xhbs....rugi jer tu....membazir amalan syaitan.....


Korang dah beli tiket balek kampung belum???g la beli,kang hbs,xtw la...raya la kt kl ni sorg2.....xnak xnak....tiket KTM dah hbs,,....sadis betul la.....dah kena balek nek bus,dah la mahal nak balek utara......ada sape2 drive balek utara x??nak tumpang boleh???hehhehe.....agak2 kan,kalau ponteng kelas,aci ke x???lama xjmpe mak......lama xjmpe ayah.....lama xjmpa megat...lama xjmpe wani.....rindunya kt semua.....huhuhu.....rasa mcm balek kedah,xnk balek kl jer......nak jer dok kedah selama-lamanya.......nak jaga adik2,nak jaga mak ayah.....nak dekat selalu dgn mereka yang tersayang......sedara-mara dah lama xjmpe.....kampung belah mak pn,dah 2tahun xbalek raya...sedara belah ayah,stay kl semuanya.....dah xblek kedah smenjak nenek meninggal 3tahun yang lalu.....Jadinya,kesimpulan nikmat raya dah lama xdirasai.....lepas sembahyang raya,ziarah kubur arwah tokwan n terus balek rumah......layan cerita raya..online...main game....sooooo sunyi.....

Nak rasa nikmat raya pn mase balek kl.....bila kawan2 ajak g open house....time tu tersangat teruja.....happy sangat2......heheh.....sanggup naik tren,tukar tren,naik bas semata-mata nak g open house member.....hehe....xsabar la plak nak raya......padahal baru 2ramadhan.....hehe....lama lagi nk jmpe 1syawal....entah sempat jmpe,entah tidak....minta-minta dipanjangkan umur untuk melengkapkan ramdhan tahun ini....amin...insya-allah.....


Actually,xsabar nak ikot kakak balik kampung die hujung minggu ni.....nak buka puasa dengan mbah die...mesti best kan berbuka puasa dengan nenek....xsabarnya nak g.....hehehe..<<teruja ni>>...pastu nak stay rumah dila,nak berbuka puasa dengan family die......boleh rasa nikmatnya hidup berfamily....heheh....terubat rindu kt family di kedah yang jauh dimata...huhuhuh......Jom layan lagu ni....zasss./....

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

This blog fully designed by ME.MY.I| Alright reserved by NURUL AIN