Assalamualaikum......
cinta bersebab?
sebab apa kita mencintai seseorang itu?
adakah cinta memerlukan sebab,,
pernahkah pasangan anda bertanyakan sebab apa cintakan dia..
dan nak jawab apa?
ikhlas ke kita menyanyai seseorang itu?
kenapa bila kita tanya pasal ni pasangan kita senyap dan diam?
sebab,,sebabbb,,sebabbb..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediaka n di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangk an sebabnya, namun begitu abang memang
menyayang i dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangk annya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangk an mengapa mereka mencintai . Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingat i abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan peneranga n suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalanga n dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi . Surat itu diletakka n di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabka n suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabka n
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...seka rang bolehkah engkau
menunjukk annya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabka n senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabka n
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerluka n
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerluka n sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkal a perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
No comments:
Post a Comment