TARIKH LAHIR

Contoh:
27 September 1990
27 + 09 + 1990 = 2026
2 + 0 + 2 + 6 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

1. Ketulenan

  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
  •  Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  •  Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian.
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  •  Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria

  •  Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
  •  Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  •  Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
  •  Mereka sangat popular dan idealistik.
  •  Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif

  •  Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  •  Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  •  Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  •  Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
  •  Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
  •  Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

  • Mereka adalah perintis.
  •  Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
  •  Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
  •  Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
  •  Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  •  Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
  •  Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
  •  Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  •  Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  •  Mereka suka seni musik.
  •  Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  •  Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

  • Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  •  Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  •  Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
  •  Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  •  Mereka sangat suka berahsia.
  •  Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

  •  Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
  •  Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  •  Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
  •  Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
  •  Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
  •  Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

9. Pelakon
  •  Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  •  Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  •  Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  •  Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  •  Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  •  Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
  • Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

No comments:

Post a Comment

This blog fully designed by ME.MY.I| Alright reserved by NURUL AIN